Wednesday, 25 May 2016

Layout Pemasangan NILGuard


Pemasangan NILGuard di Tasik Chini terbahagi kepada dua fasa, 62 unit untuk fasa 1 dan 200 lagi pada fasa 2 . fasa 2 masih lagi dalam proses pembuatan dan dijangka siap pada penghujung tahun2016

Fasa1































Fasa2

Pengenalan NILGuard

NAHRIM Intelligent Lake Guard (NILGuard) direka khusus bagi menyelesaikan permasalahan yang melibatkan pemonitoran dan kawalan pencemaran tasik. Terdapat tiga jenis NILGuard iaitu Type 1, Type 2 dan Type 3 (rujuk gambar di bawah).


Bagi Type 1, beberapa alatan diletakkan iaitu sukat aras banjir, lampu LED (penunjuk arah pada waktu malam) serta sistem solar. Manakala untuk Type 2, hanya sukat aras air dipasang dan Type 3 adalah penanda sahaja. Type 1 diletakkan berhampiran dengan kawasan tasik dengan jarak di antara 1km-2km, Type 2 juga diletakkan berhampiran dengan kawasan tasik dengan jarak 0.5km-1km. Manakala Type 3 diletakkan di setiap sempadan zon penampan pada jarak 50m-100m.


Perincian Pemasangan NILGuard 


Kerja-kerja Pemasangan NILGuard
(contoh adalah kerja-kerja pemasangan Intriguard) 
    


Projek Penyelidikan Perintis : Penandaan Zon Penampan Warta Awam Tasik Chini

Projek ini mewujudkan 'template' amalan pengurusan terbaik ( best management practice) untuk sumber air tasik semulajadi negara dan biodiversiti persekitarab Tasik Chini. Ia seterusnya dapat dijadikan panduan dan ikutan bagi tasik-tasik lain supaya bertambah baik apabila dipelihara mengikut kaedah yang betul bagi pembangunan tanah pada masa kan datang.

Penandaaan NILGuard ini dapat memastikan kawasan Warta Awam Tasik Chini (Warta Kerajaan Negeri Pahang, No 1113, 1989 ) bertarikh 7 Disember 1989 terpelihara dan dapat memainkan peranan sebagai benteng kepada risiko yang boleh mencemar dan mengancam nilai biodiversiti dan patrimoni Tasik Chini akibat tekanan pembangunan di kawasan tadahannya. Secara tidak langsung projek ini telah meningkatkan kesedaran akan kepentingan mewujudkan persekitaran zon penampan dan menjadi langkah pencegahan awalan bagi mengatasi ancaman penerokaan gunha tanah yang mengganggu kestabilan biodiversiti dan sumber asli di Tasik Chini agar sentiasa terpelihara dalam memenuhi aspirasi dan visi negara




Pusat Kajian Lembangan Sungai

Salah sebuah unit yang dibentuk dibawah Institut penyelidikan Hidraulik Negara (NAHRIM). Unit ini diwujudkan untuk memberi khidmat penyelidikan dan mengembangkan urusan dalam bidang hidraulik dan air permukaan secara khusus serta pemuliharaan alam sekitar sungai dan lembangan sungai secara amnya. Pengenalan Pusat Kajian Sungai ini juga dilihat sebagai sebagai pakar rujuk kebangsaan bidang air permukaan selain meningkatkan pembangunan dan kepakaran sumber manusia dalam negara bagi memantapkan sektor perkhidmatan air

Sepanjang kewujudan unit ini, pelbagai penyelidikan , pembangunan dan pengurusan lembangan sungai berteraskan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) telah dijalankan dengan jayanya.

Pusat kajian Lembangan Sungai juga boleh dirujuk dilaman web rasmi NAHRIM