Pemasangan Fasa 2
Pemasangan Fasa 2 akan bermula pada bulan Julai 2016. Pembuatan NilGuard telah mula dilakukan pada bulan April. Sebanyak 200 unit Nilguard iaitu 5 type1, 8 type 2 , dan 187 Type 3.
Monday, 6 June 2016
Wednesday, 25 May 2016
Pengenalan NILGuard
NAHRIM
Intelligent Lake Guard (NILGuard) direka khusus bagi menyelesaikan permasalahan
yang melibatkan pemonitoran dan kawalan pencemaran tasik. Terdapat tiga jenis
NILGuard iaitu Type 1, Type 2 dan Type 3 (rujuk gambar di bawah).
Bagi Type 1, beberapa alatan
diletakkan iaitu sukat aras banjir, lampu LED (penunjuk arah pada waktu malam)
serta sistem solar. Manakala untuk Type 2, hanya sukat aras air dipasang dan Type
3 adalah penanda sahaja. Type 1 diletakkan berhampiran dengan kawasan tasik
dengan jarak di antara 1km-2km, Type 2 juga diletakkan berhampiran dengan
kawasan tasik dengan jarak 0.5km-1km. Manakala Type 3 diletakkan di setiap
sempadan zon penampan pada jarak 50m-100m.
Perincian
Pemasangan NILGuard
Kerja-kerja Pemasangan NILGuard
Projek Penyelidikan Perintis : Penandaan Zon Penampan Warta Awam Tasik Chini
Projek ini mewujudkan 'template' amalan pengurusan terbaik ( best management practice) untuk sumber air tasik semulajadi negara dan biodiversiti persekitarab Tasik Chini. Ia seterusnya dapat dijadikan panduan dan ikutan bagi tasik-tasik lain supaya bertambah baik apabila dipelihara mengikut kaedah yang betul bagi pembangunan tanah pada masa kan datang.
Penandaaan NILGuard ini dapat memastikan kawasan Warta Awam Tasik Chini (Warta Kerajaan Negeri Pahang, No 1113, 1989 ) bertarikh 7 Disember 1989 terpelihara dan dapat memainkan peranan sebagai benteng kepada risiko yang boleh mencemar dan mengancam nilai biodiversiti dan patrimoni Tasik Chini akibat tekanan pembangunan di kawasan tadahannya. Secara tidak langsung projek ini telah meningkatkan kesedaran akan kepentingan mewujudkan persekitaran zon penampan dan menjadi langkah pencegahan awalan bagi mengatasi ancaman penerokaan gunha tanah yang mengganggu kestabilan biodiversiti dan sumber asli di Tasik Chini agar sentiasa terpelihara dalam memenuhi aspirasi dan visi negara
Pusat Kajian Lembangan Sungai
Salah
sebuah unit yang dibentuk dibawah Institut penyelidikan Hidraulik Negara
(NAHRIM). Unit ini diwujudkan untuk memberi khidmat penyelidikan dan
mengembangkan urusan dalam bidang hidraulik dan air permukaan secara khusus
serta pemuliharaan alam sekitar sungai dan lembangan sungai secara amnya.
Pengenalan Pusat Kajian Sungai ini juga dilihat sebagai sebagai pakar rujuk
kebangsaan bidang air permukaan selain meningkatkan pembangunan dan kepakaran
sumber manusia dalam negara bagi memantapkan sektor perkhidmatan air
Sepanjang
kewujudan unit ini, pelbagai penyelidikan , pembangunan dan pengurusan
lembangan sungai berteraskan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) telah
dijalankan dengan jayanya.
Pusat
kajian Lembangan Sungai juga boleh dirujuk dilaman web rasmi NAHRIM
Subscribe to:
Posts (Atom)